Home Rest of the World Pemimpin PakaTun Cuba Sabotaj Penduduk Pantai Timur

Pemimpin PakaTun Cuba Sabotaj Penduduk Pantai Timur

314
SHARE

Pemimpin Pakatun mendakwa kos bagi Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) pada RM55 bilion adalah terlalu mahal malah mengatakan ia adalah paling mahal di dunia.

Dan mereka turut menunjukkan kenyataan media syarikat China, China Communication Construction Company (CCCC) yang menyatakan mereka telah dianugerahkan projek bernilai RM46 bilion dan Pakatun kemudiannya menuduh kerajaan menyeleweng RM9 bilion kerana rangka pembiayaan bagi pinjaman mudah projek ini dari Bank Exim China adalah berjumlah RM55 bilion.

loading...

Persoalannya ke manakah wang RM9 bilion ini akan disalurkan?

Pertama sekali, adalah penting untuk dinyatakan pembiayaan RM55 bilion ini diberikan kepada syarikat operasi (ya, syarikat RM2 yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan) – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

Kemudian, kontrak dianugerahkan kepada CCCC bagi RM46 bilion adalah oleh MRL dan bukannya daripada kerajaan.

Pemimpin PakaTun Cuba Sabotaj Penduduk Pantai Timur

Syarikat MRL

Adakah orang ramai fikir MRL – sebuah syarikat milik penuh Malaysia yang akan mengurus dan mengendalikan operasi keretapi akan bermula dengan modal sifar dan tidak memerlukan pembiayaan?

Adakah anda fikir CCCC adalah syarikat yang akan menerajui pengambilalihan tanah dan pampasan bagi penduduk yang terlibat dengan rangkaian ini? Adakah anda fikir orang akan suka jika sebuah syarikat China akan mengambilalih tanah di negara kita ini?

...

Baca juga: Ketua Menteri DAP Masih Pertahan Keputusan Konsesi Tol 30 tahun Bagi Projek Terowong Dasar Laut itu.
Baca juga: DAP Yang Pemurah Menawarkan Segalanya Di Pulau Pinang Di Bawah Harga pasaran

Bagaimana pula dengan kerja-kerja kejuruteraan dan kontrak lain yang berkaitan dengan ECRL yang bukannya landasan yang dianugerahkan kepada MRL?

Atau fakta bahawa MRL perlu membayar faedah bagi pinjaman mudah itu bagi tujuh tahun pertama (pembayaran prinsipal bermula selepas tujuh tahun) biarpun rangkaian landasan belum siap lagi? (Pembinaan rangkaian ini dijangka mengambil masa tujuh tahun).

Manakala kos sebenar rangkaian itu di mana Pakatun secara silap mendakwa kos RM91.67 juta setiap kilometer mereka adalah berdasarkan kepada 600 km dan nilai RM55 bilion.

Jarak laluan ini sebenarnya adalah 688 kilometer di mana 88 kilometer adalah merentasi kawasan padat dengan pendudk dari Gombak ke Pelabuhan Klang dan ia melibatkan kos yang tinggi.

Pemimpin PakaTun Cuba Sabotaj Penduduk Pantai Timur

 

Prev1 of 3