Home Rest of the World Israel Mahu Trump Tunai Janji Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Kota Rasmi

Israel Mahu Trump Tunai Janji Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Kota Rasmi

352
SHARE

Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump nampaknya perlu segera mengotakan janjinya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rasmi Israel jika dipilih menjadi presiden.

Pengerusi Parti Bayit Yehudi (atau bermaksud Rumah Yahudi) dan Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennet berkata, ekoran Trump telahpun memenangi jawatan presiden tersebut, kita tiba masanya agar beliau melaksanakan apa yang telah diikrarkan.

loading...

Israel Mahu Trump Tunai Janji Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Kota Rasmi

“Kemenangan Trump merupakan satu peluang untuk Israel segera diiktiraf sebagai sebuah negara, selain menarik kembali tanggapan bahawa tanah yang diduduki adalah hak milik Palestin, supaya keselamatan Israel tidak akan diancam.”

...

“Inilah sebahagian daripada ikrar Trump sekiranya beliau dilantik menjadi presiden AS yang ke-45, seperti tertulis di dalam teks ucapan kempen beliau. Perkara ini juga harus dijadikan polisi negara kami,” tambah Bennet lagi.

“Era negara kota Palestin sudah pun berakhir,” kata Bennet dengan nada angkuh.

 

Baca juga: Derma Politik Dari Israel, Pihak Dituduh Masih Belum Mahu Jawab
Baca juga: Pengarah Penyelidikan PAS Dakwa DAP Ditawar Dana Israel Dan Harus Bina Kem Tentera Sebagai Balasan

Israel Mahu Trump Tunai Janji Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Kota Rasmi

Israel secara haram menawan Baitulmaqdis Timur yang sebelum itu diduduki bangsa Arab semasa perang Arab-Israel pada 1967 dan merampasnya pada 1980.

Prev1 of 2